Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Pihak Pendakwaan pada hari ini telah mengemukakan dakwaan terhadap seorang lelaki tempatan bagi kesalahan merompak sebuah kereta menggunakan senjata daripada seorang wanita dan melakukan serangan seksual terhadapnya. Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Mohammad Faizul Helmey bin Ahmad Umar, 31, kerana siasatan masih di peringkat awal.