Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rona kehidupan di sebuah apartmen

    Ulasan Siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    DRAMA bersiri The Village merupakan sebuah drama Amerika Syarikat berkonsepkan kehidupan seharian dan baharu sahaja disiarkan pada 19 Mac yang lalu di saluran NBC.

    Drama The Village dicipta dan diterbitkan oleh Mike Daniels dengan kerjasama David Declerque. The Village diselenggarakan dan dikeluarkan oleh Universal Television. Drama ini turut menampilkan Waz Jackson sebagai pencipta musik dalam siri ini.

    The Village dibintangi oleh beberapa orang pelakon hebat dari Hollywood iaitu Moran Atias, Michaela McManus, Frankie Faison, Jerod Haynes, Grace Van Dien, Warren Christie, Daren Kagasoff, Lorraine Toussaint dan juga Dominic Chianese serta banyak lagi.

    Plot drama

    Drama baharu ini mengisahkan tentang penghuni di sebuah apartmen yang terletak di Brooklyn di mana penghuni yang tinggal di bangunan itu telah membina hubungan keluarga bersama dengan jiran-jiran mereka. Kebanyakan penghuni bangunan ini menjalani kehidupan yang berbeza-beza antara seperti Sarah, seorang jururawat dan ibu tunggal yang membesarkan seorang anak perempuan yang kreatif, Gabe, pelajar undang-undang, Ava dan Nick, seorang tentera veteran yang baharu sahaja pulang dari peperangan.

    Selain itu, terdapat juga penghuni Ron dan Patricia yang telah sebati dan menganggap bangunan itu sebagai jiwa mereka. Bangunan tersebut terus mengisahkan mengenai kisah-kisah hidup jiran yang penuh harapan, menghiburkan dan berbentuk keluarga malah drama The Village ini turut memaparkan tentang rutin kehidupan setiap penghuni sehari-hari.

    Bagi mengikuti perkembangan keluarga dalam bangunan ini, gelagat setiap penghuni dan banyak lagi, anda boleh saksikan dalam drama The Village yang disiarkan dalam saluran NBC.

    Bagi mengikuti perkembangan keluarga dalam bangunan ini, gelagat setiap penghuni dan banyak lagi, anda boleh saksikan dalam drama The Village yang disiarkan dalam saluran NBC.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda