Saturday, November 16, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rona lembut, kilauan Dior

    PARIS – Pakar pakaian lelaki Dior, Kim Jones mengubah petang yang cerah di Paris menjadi malam yang disinari cahaya bintang balet di Minggu Fesyen Paris, dalam persembahan fesyen teater.

    Diinspirasikan oleh ikon balet legenda, Margot Fonteyn dan Rudolf Nureyev, Jones menyampaikan koleksi yang ceria di Ecole Militaire baru-baru ini.

    BINTANG BALET DIOR

    Kepakaran Jones dalam menggabungkan ciri-ciri tradisional dengan kemodenan jelas terbukti. Warna kuning air dan kelabu yang lembut, ciri istimewa palet Dior, dirancakkan dengan pancaran warna terang – stoking kuning kunyit, sandal biru ungu dan beg tangan serta baju sejuk berjalur terang.

    Koleksi termasuk selendang Renaissance berkilauan dengan rumbai berbentuk kerang perak dan kot bulu yang dicipta semula dengan dua lengan.

    Menggemakan kata-kata Jones sendiri, “Koleksi ini adalah tentang kontras: kontras dalam Butik Dior dari segi pakaian siap pakai dan haute couture. Ia adalah perbezaan antara atas pentas dan belakang pentas; kehidupan teater Nureyev dan dalam realiti.

    Sentimen ini dirakam secara kontras antara rona lembut dan jahitan pada separuh pertama pertunjukan dan kilauan yang menguasai bahagian terakhir persembahan yang mempesonakan.

    Koleksi itu hampir bersifat ensiklopedia. Kimono Uchikake perak memberikan penghormatan kepada gaya mewah Nureyev. Di samping itu, ia juga menampilkan siluet moden – seluar anggun dan rajutan bergaris, setiap satunya membuktikan bakat kontemporari Jones. – AP

    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Model-model mempersembahkan koleksi pakaian lelaki Dior Musim Luruh-Sejuk 2024-2025 di Paris. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda