Ronaldinho kesal insiden pasport palsu

ASUNCION, 28 APRIL – Bekas pemain bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho berkata kelmarin bahawa penahanannya dan ‘penahanan rumah’ di Paraguay kerana menggunakan pasport palsu adalah ‘pukulan yang sangat hebat’.

“Saya tidak pernah menggambarkan diri saya dalam situasi sebegini,” kata bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain dalam temu bual dengan akbar Paraguay ABC.

Ronaldinho dan abangnya, Roberto de Assis Moreira telah dituduh memasuki Paraguay menggunakan pasport palsu.

“Saya tidak menyedari apabila saya mendapat tahu bahawa pasport tersebut adalah tidak sah,” Ronaldinho berkata buat kali pertama sejak ditahan dua hari selepas mendarat di Asuncion pada permulaan bulan Mac. – AFP