Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldinho tidak tahu pasport diguna palsu

    ASUNCION, 9 MAC – Legenda bolasepak Brazil, Ronaldinho tidak sengaja menggunakan pasport palsu dan sepatutnya dibebaskan oleh pihak berkuasa di Paraguay, kata peguamnya.

    Pemain bekas juara dunia dua kali itu dan abangnya, Roberto, ditahan dan menghabiskan tiga malam dalam lokap di Asuncion selepas didapati menggunakan dokumen perjalanan palsu untuk masuk negara itu.

    Peguam mereka dari Brazil, Sergio Queiroz berkata dia akan meminta adik-beradik itu dibebaskan dan dibenarkan pulang ke negara mereka apabila mereka hadir di hadapan hakim hari ini.

    “Ronaldinho tidak melakukan jenayah kerana dia tidak tahu pasport yang mereka gunakan itu adalah palsu,” katanya.

    Queiroz berkata bahawa pendakwa telah bersetuju bahawa pemain bolasepak itu telah bertindak dengan baik dan keputusan oleh seorang hakim untuk memerintahkan penahanan mereka tidak wajar.

    Ronaldinho, yang dianggap sebagai pemain bolasepak terbaik sepanjang masa, adalah bintang Piala Dunia Brazil 2002 dan pernah bermain untuk Paris Saint-Germain, AC Milan dan Barcelona.

    Beliau dan abangnya tiba di Asuncion dari Brazil Rabu lalu dan menunjukkan pasport mereka kepada polis imigresen yang melepaskan mereka. Namun beberapa jam kemudian penyiasat menyerbu kerana mengatakan pasport itu palsu. -AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda