Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo bantu Portugal benam Poland

    PARIS, 13 OKT — Cristiano Ronaldo terus mempamerkan kecemerlangannya apabila membantu Portugal menewaskan Poland 3-1, sekali gus mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam kempen Liga Negara-negara. Manakala Sepanyol menamatkan rekod kemenangan sempurna Denmark dalam kempen berkenaan.

    Portugal membuka jaringan pada minit ke-26 melalui voli Bernardo Silva, hasil hantaran tandukan Bruno Fernandes kepada pemain tengah Manchester City itu selepas menerima hantaran lintangan Ruben Neves.

    Ronaldo kemudian memanfaatkan peluang dengan menjaringkan gol kedua Portugal, selepas rembatan Rafael Leao terkena tiang hasil larian pantas pemain sayap AC Milan itu.

    Penyerang berusia 39 tahun itu kini telah menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan Portugal dalam kempen Liga Negara-negara kali ini, menjadikan jumlah keseluruhan gol antarabangsa beliau kepada 133.

    Piotr Zielinski cuba merapatkan kedudukan buat Poland, namun gol sendiri Jan Bednarek memastikan kemenangan Portugal, yang menjadi satu-satunya pasukan dalam Liga A dengan rekod kemenangan 100 peratus sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir minggu depan.

    “Kami bekerja keras beberapa hari lalu, menyiapkan pelbagai strategi untuk perlawanan ini, dan kami berjaya mempamerkannya di atas padang. Saya sangat berpuas hati kerana kami berjaya mengawal perlawanan,” kata jurulatih Portugal, Roberto Martinez.

    “Kami bermain dengan baik sebagai satu pasukan,” tambah beliau.

    Portugal kini mengumpul sembilan mata, tiga mata di hadapan Croatia yang menewaskan Scotland 2-1, sekali gus menyebabkan lawan mereka mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam kumpulan 1. – AFP

    Aksi Ronaldo melakukan rembatan pada perlawanan yang berlangsun di stadium Narodowy di Warsaw, Poland, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda