RIYADH, 12 DIS – Cristiano Ronaldo berkata beliau mempunyai lebih banyak lagi dalam dirinya tahun ini selepas menjaringkan gol ke-50nya pada 2023 dalam kemenangan 5-2 Al Nassr dalam Piala Raja Saudi ke atas saingan Al Shabab. Bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu merembat masuk dari jarak dekat dengan kaki kanannya pada minit ke-74.

