MILAN, 31 Ogos – Cristiano Ronaldo berang selepas tewas kepada bintang Croatia, Luka Modric bagi Anugerah Pemain Terbaik UEFA, jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri mendedahkan hari ini.
“Kelmarin beliau (Ronaldo) sangat marah dan ia adalah normal,” kata Allegri.
“Beliau menjaringkan 15 gol dalam saingan Liga Juara-Juara dan menjuarai trofi itu bersama rakan sepasukannya.
“Sikap yang ditunjukkan oleh Ronaldo menunjukkan beliau mahu meneruskan kerja keras untuk menjadi yang terbaik. Ini satu kelebihan buat kami.”
Allegri menambah, keputusan itu merupakan pilihan peribadi bagi siapa yang mengundi dan ia perlu dihormati.

Bagaimanapun, Ronaldo telah dianugerahkan sebagai penyerang terbaik oleh para wartawan, jurulatih Liga Juara-Juara dan Europa dari musim lepas.
Ejen bintang Portugal itu menyelar keputusan itu dan menyifatkannya sebagai ‘tidak masuk akal.’
“Beliau menjaringkan 15 gol, membantu membawa Real Madrid merangkul gelaran Liga Juara-Juara sekali lagi,” beritahu Mendes kepada akhbar harian Portugal, Record.
“Ia bukan pemenang, beliau (Modric) merupakan pemain terbaik dunia dalam posisinya,” kata Mendes.
Ronaldo telah menjuarai anugerah UEFA tiga kali dalam tempoh empat tahun kebelakangan. – AFP