Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo dahulukan hal keluarga

    KAZAN, Rusia, 29 Jun – Cristiano Ronaldo telah meninggalkan kejohanan Piala Konfederasi di Rusia untuk menyertai anak damit lelaki kembarnya yang baru lahir sebelum kejohanan itu bermula.

    Ronaldo berkata dalam akaun Facebooknya selepas kekalahan separuh akhir Portugal ke atas Chile bahawa “Saya begitu gembira untuk akhirnya dapat bersama anak-anak saya buat pertama kali.”

    Portugal tewas dalam sepakan penalti penentuan selepas seri 0-0 dan akan bermain tanpa pemain bintangnya bagi perlawanan untuk meraih tempat ketiga yang akan berlangsung di Moscow menentang sama ada Jerman atau Mexico.

    Ronaldo berkata “dia tidak akan melupakan” pemahaman yang ditunjukkan oleh pasukan pengurusan Portugal.

    Persekutuan bola sepak Portugal berkata Ronaldo mengongsikan berita-berita kelahiran itu sebelum kejohanan dan sekarang dilepaskan agar “dia akhirnya berupaya melihat anak-anaknya.”

    Keluarga Ronaldo termasuk anak damit lelaki kembar dan anak lelaki berusia tujuh tahun yang juga dinamakan Cristiano. – AP

    Reaksi Ronaldo selepas pasukannya tewas dalam perlawanan separuh akhir Piala Konfederasi menentang Chile. – AFP
    Reaksi Ronaldo selepas pasukannya tewas dalam perlawanan separuh akhir Piala Konfederasi menentang Chile. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda