Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo, Higuain bantu Juventus

    LEVERKUSEN, JERMAN, 12 DIS – Cristiano Ronaldo menjaringkan gol buat Juventus yang menamatkan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-0 di Bayer Leverkusen kelmarin.

    Juventus telah menjamin kedudukan berada di kedudukan teratas Kumpulan D dan kelihatan sedikit lambat dalam aksi di Jerman, sebelum Ronaldo menjaringkan gol dari jarak dekat selepas menerima hantaran daripada pemain gantian Paulo Dybala di minit ke- 75. Ini merupakan gol kedua Ronaldo dalam Liga Juara-Juara musim ini.

    Gonzalo Higuain menambah jaringan menjadikan kedudukan 2-0 di masa-masa akhir perlawanan selepas menerima assist daripada Dybala, ketika Juventus bangkit daripada kekalahan pertama musim ini menentang Lazio Sabtu lepas.

    “Kami mengalami sedikit kesukaran di separuh masa pertama tetapi kami bermain jauh lebih baik di separuh masa kedua dan layak untuk menang,” kata Higuain. “Kami mahukan kemenangan selepas kekalahan pertama hujung minggu lalu.” – AP

    Aksi Cristiano Ronaldo ketika bersaing berebut bola dengan Daley Sinkgraven semasa perlawanan Liga Juara-Juara di antara Bayer Leverkusen dan Juventus di BayArena di Leverkusen, Jerman. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda