LISBON, 6 SEPT – Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-900 dalam karier cemerlangnya kelmarin ketika Portugal menewaskan Croatia 2-1 di Lisbon dalam perlawanan pertama Liga Negara-Negara UEFA.
Ronaldo, 39, memanfaatkan hantaran lintang Nuno Mendes pada minit ke-34 perlawanan di Estadio da Luz untuk mencapai rekod itu.
Dia kelihatan beremosi ketika meraikan gol yang juga merupakan gol ke-131 dalam jersi Portugal. Separuh daripada golnya dijaringkan untuk Real Madrid, dengan selebihnya tersebar di lain- tempat sepanjang kariernya di Sporting Lisbon, Manchester United dan kelab semasa Al-Nassr.
Gol Diogo Dalot pula telah meletakkan Portugal di hadapan awal sebelum Ronaldo menjaringkan gol, dengan gol sendiri Dalot sebelum rehat.
Pasukan-pasukan itu berada dalam Kumpulan A1 edisi terkini Liga Negara-Negara bersama-sama dengan Poland dan Scotland.
Portugal bakal menerima kunjungan Scotland di Lisbon pada hari Ahad nanti. – AFP