MILAN, 17 Sept – Cristiano Ronaldo menghasilkan gol kompetitif pertama buat Juventus semalam, menjaringkan dua gol bagi memastikan kemenangan 2-1 ke atas Sassuolo, kemenangan keempat Serie A musim ini. Namun, saingan di Turin itu dicemari kontroversi apabila pemain sayap Juventus, Douglas Costa dikeluarkan padang selepas rakaman kamera mendapati dia meludah pemain Sassuolo, Federico Di Francesco.