Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo pecah rekod jaringan Liga Pro Saudi

    RIYADH, 28 MEI – Cristiano Ronaldo memecahkan rekod gol terbanyak dalam musim Liga Pro Saudi apabila beliau menjaringkan gol buat kali ke-34 dan ke-35 dalam perlawanan terakhir kempen Al Nassr.

    “Saya tidak mengikut rekod, rekod mengikut saya,” penyerang Portugal berusia 39 tahun itu menulis tweet selepas itu.

    Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu meledakkan gol pada masa kecederaan separuh masa pertama dan sekali lagi pada minit ke-69 dengan tandukan ketika Al Nassr menewaskan Al Ittihad 4-2 di tempat sendiri, semalam.

    Rekod sebelumnya untuk gol terbanyak dalam satu musim ialah 34 gol yang dijaringkan oleh pemain Maghribi Abderrazak Hamdallah pada musim 2018-19.

    Al Nassr sudah pun diberi jaminan untuk menduduki tempat kedua, ketinggalan 14 mata di belakang juara Al Hilal.

    Ronaldo menyertai Al Nassr yang berpangkalan di Riyadh pada bulan Disember 2022, permulaan kemasukan pemain luar negara ke liga Saudi dengan kontrak yang lumayan.

    Ronaldo, yang mengetuai Portugal meraih kemenangan di Euro 2016, telah dipilih untuk skuad untuk edisi tahun ini di Jerman bulan depan – kejohanan antarabangsa ke-11nya.

    Beliau adalah pemain paling banyak bermain dalam bola sepak antarabangsa lelaki dengan 206 penampilan dan telah menjaringkan rekod 128 gol. – AFP

    Cristiano Ronaldo meraikan gol keduanya semasa perlawanan Liga Pro Saudi antara Al-Ittihad dan Al-Nassr di Stadium Universiti King Saud di Riyadh, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda