Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo sertai skuad Portugal

    OEIRAS, Portugal, 30 Mei – Cristiano Ronaldo menyertai skuad Portugal, semalam ketika juara Eropah itu memulakan persiapan bagi aksi Liga Negara-Negara UEFA, bulan depan.

    Portugal akan bertemu Switzerland di peringkat separuh akhir pada 6 Jun ini di Porto dengan pemenang akan melawan England atau Belanda bagi aksi final yang dijadual pada 10 Jun di gelanggang sama.

    “Cristiano adalah pemimpin kami dan sentiasa lebih baik jika pemain terbaik dunia ada bersama kami,” kata pertahanan Lille, Jose Fonte.

    Ronaldo disisihkan bagi aksi terakhir Juventus dalam kempen Serie A musim ini, yang menyaksikan juara Itali itu tumbang 2-0 kepada Sampdoria minggu ini di gelanggang lawan.

    Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu melengkapkan kempen sulungnya di Itali dengan menyumbat 21 gol dalam 31 penampilan.

    Dia dipanggil semula oleh jurulatih Portugal, Fernando Santos pada Mac lalu bagi aksi pembukaan kelayakan Euro 2020 sekali pun tidak bermain untuk skuad kebangsaan sejak Piala Dunia 2018 di Rusia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda