VALENCIA, Sepanyol, 20 Sept – Juventus percaya mereka boleh memenangi Liga Juara-juara bersama Cristiano Ronaldo, tetapi mereka memulakan persaingan dengan menewaskan Valencia tanpa aksinya selepas diarah meninggalkan padang dalam keadaan kontroversi kemunculannya bagi persaingan itu bersama juara Itali,semalam.
Ronaldo yang bersedih keluar dari padang dalam keadaan tidak percaya pada minit ke-29, setelah menyepak pemain pertahanan Valencia, Jeison Murillo, yang kelihatan tidak membahayakan.
Pemain Portugal itu kemudian menyentuh kepala Murillo ketika memintanya untuk bangun.
Ronaldo merebahkan badannya seperti perlawanan itu berkesudahan tewas selepas pengadil dari Jerman, Felxi Brych melayangkannya kad merah tetapi Juventus menunjukkan ketenangan, Miralem Pijani menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti untuk mencatatkan kemenangan selesa 2-0.
Valencia juga diberikan sepakan penalti yang ketiga dalam perlawanan itu pada masa kecederaan tetapi Daniel Parejo gagal menyempurnakannya.
Ia masih perlu dilihat bagaimana UEFA menilai kesalahan Ronaldo itu, dan percanggahan pendapat, tetapi dia tidak akan beraksi dalam perlawanan Eropah seterusnya di gelanggang sendiri menentang Young Boys pada 2 Oktober.
Selepas perlawanan itu, Juventus akan berdepan saingan yang lebih mencabar menentang Manchester United.
“Saya hanya boleh menyatakan VAR akan membantu pengadil membuat keputusan tepat,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegro selepas itu.
UEFA belum lagi meluluskan teknologi itu dalam perlawanan kelab perdana Eropah.
Penyokong Valencia meraikan penyingkiran Ronaldo itu seperti jaringan sudah dihasilkan, tetapi hakikatnya, pasukan mereka terlepas peluang keemasan untuk bertapak dalam Kumpulan H. – AFP