Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo tumpukan kelab

    MILAN, 30 Ogos – Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo akan terlepas dua aksi antarabangsa termasuk Liga Negara-Negara menentang Itali bagi menumpukan kepada kelab baharunya, Juventus, menurut laporan media Itali kelmarin.

    Menurut Gazzetta dello Sport, penjaring terbanyak Portugal dan juga ketua pasukan itu mengutamakan pasukan baharunya itu dan akan kekal berada di Turin untuk mengenal lebih dekat lagi rakan sepasukannya.

    Pemain berusia 33 tahun itu dilaporkan akan terlepas aksi persahabatan menentang pemenang nombor dua Piala Dunia, Croatia pada 6 September dan perlawanan Liga Negara-Negara pada 10 September menentang Itali.

    Pemenang lima kali Ballon d’Or itu menandatangani juara Itali, Juventus pada musim panas dari Real Madrid dengan perjanjian bernilai 100 juta euro.

    Ronaldo bersama rakan sepasukannya meraikan kemenangan Juventus semasa menentang Lazio tempoh hari. – AP

    Juventus telah melakar dua kemenangan liga pada musim ini tatkala mereka memburu untuk merangkul gelaran kelapan berturut-turut tetapi Ronaldo setakat ini belum meledak gol untuk kelab baharunya itu.

    Beliau juga mahu membantu kelab Turin itu menjuarai Liga Juara-Juara selepas menduduki tempat kedua dalam empat musim kebelakangan.

    Dalam perkembangan lain, sepakan gunting Ronaldo semasa menentang Juventus telah dinobatkan sebagai gol terbaik UEFA. Pemain penyerang itu mengatasi 11 pencalonan yang lain bagi meraih gol tercantik yang dijaringkan semasa peringkat suku akhir Liga Juara-Juara di Turin.

    Ronaldo menerusi akaun Twitternya mengucapkan terima kasih kepada pengundinya. Beliau tidak akan melupakan detik itu terutama sekali reaksi peminat semasa menjaringkan gol itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda