Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronda cegah jenayah giat dijalankan

    Oleh Yusrin Junaidi & Hajah Saemah Kipli

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Dalam sama-sama menjamin keselamatan Negara Brunei Darussalam, Pasukan Pasukan Polis Diraja Brunei mengadakan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli pengawasan kejiranan (PK) di beberapa lokasi.

    Di Daerah Belait, Balai Polis Kuala Belait bersama ahli PK Pekan Belait menjalankan rondaan di kawasan persekitaran Pekan Kuala Belait, kelmarin.

    Rondaan bermula dari kawasan Kampung Melayu Asli, kawasan sekolah sehingga ke kawasan bangunan-bangunan kerajaan dan komersil.

    Manakala itu, Balai Polis Tutong juga mengendalikan rondaan serupa bersama sembilan ahli PK Kampung Telisai yang turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Telisai, Awang Azman bin Haji Ismail.

    Rondaan dijalankan di persekitaran Kampung Telisai sehingga ke kawasan perumahan STKRJ Telisai. Bagaimanapun, tidak ada sebarang kejadian atau aktiviti mencurigakan didapati sepanjang rondaan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda