Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronda: Empat orang ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    TUTONG, 28 Feb – Tiga lelaki dan seorang perempuan telah ditahan dalam rondaan pencegahan jenayah yang dijalankan oleh anggota Balai Polis Lamunin bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Kiudang, di kawasan Jalan Wasai Batu Mampan Jalan Sungai Burong, malam tadi.

    Semasa rondaan itu, dua buah kereta yang mencurigakan telah diperiksa dan telah mendapati alat yang dipercayai untuk menghisap dadah berada di dalam salah sebuah kereta tersebut.

    Hasil siasatan juga menemui dua paket plastik dipercayai mengandungi dadah. Kesemua suspek berkenaan ditahan dan dibawa oleh Biro Kawalan Narkotik untuk siasatan selanjutnya.

    Rondaan pencegahan jenayah di Daerah Tutong berjaya menahan beberapa suspek yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

    Rondaan berkenaan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Insp Zulfadli bin Haji Awang Yusuf dan disertai beberapa orang anggota Balai Polis Lamunin. Turut serta dalam rondaan berkenaan ialah Ketua Kampung Kiudang, Haji Mohammad Saiful bin Abdullah Anja.

    Secara berasingan, Balai Polis Tutong juga telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli PK Bukit Beruang seramai lima orang.

    Rondaan yang diketuai oleh S/Sgt 2480 Mohd Azri bin Abdullah bermula sekitar jam 9:30 malam dengan menggunakan kenderaan polis dan basikal di sekitar kawasan Kampung Bukit Beruang. Hasil rondaan tidak ada mendapati perkara yang mencurigakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda