Oleh Yusrin Junaidi
TEMBURONG, 31 Dis – Bagi meningkatkan tahap keselamatan kampung, rondaan pencegahan jenayah telah dijalankan oleh anggota Balai Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Puni di bawah tadahan Mukim Temburong.
Rondaan tersebut diketuai oleh Pegawai Jenayah dan Lalulintas, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pengiran Azlan Shah bin Pengiran Haji Ahmad, bersama beberapa orang anggota Balai Polis Temburong dan ahli-ahli PK dengan berjalan kaki di sekitar Kampung Ujong Jalan.
Semasa rondaan dijalankan, tiada kegiatan jenayah dilaporkan dan PDB turut mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan berhati-hati apabila hendak meninggalkan rumah dan memaklumkan balai-balai polis berdekatan untuk tujuan rondaan dan pemantauan.
