BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Subok dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok dengan beberapa anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dari Balai Polis Bandar Seri Begawan baru-baru ini telah mengadakan rondaan bagi pencegahan jenayah.
Hadir menyertai rondaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Subok, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat serta beberapa ahli PK dan MPK Subok.
Aktiviti rondaan dilakukan di kawasan rumah-rumah yang tidak berpenghuni dan kawasan yang jauh dari jalan raya besar bertujuan untuk memastikan kampung dalam keadaan selamat dan sejahtera.
Semasa rondaan dijalankan, tiada perkara-perkara yang mencurigakan ditemui. Walau bagaimanapun, PK Kampung Subok, MPK Subok dan PPDB akan tetap membuat rondaan secara berterusan tanpa berjadual walaupun dalam keadaan aman.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/06/1-4.jpg)