Wednesday, March 19, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rondaan Ops Taskforce COVID-19 temui 150 karton rokok

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Sebanyak tiga kotak bungkusan yang mengandungi 150 karton rokok pelbagai jenis berserta sebuah motosikal ditemui semasa rondaan Operasi Taskforce COVID-19 yang dikendalikan oleh keanggotaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), di sini, hari ini, penemuan dibuat sekitar awal malam tadi di kawasan Kampung Menunggol, Daerah Brunei Muara.

    Kenyataan menyatakan lanjut bahawa hasil siasatan awal dan pemeriksaan yang dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Kampong Ayer mendapati bungkusan mencurigakan berkenaan mengandungi barangan tegahan.

    Kesemua barang rampasan berkenaan termasuk sebuah motosikal diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

    PPDB bersama agensi penguat kuasa undang-undang yang lain akan terus memerangi jenayah rentas sempadan sepertinya tanpa ada sebarang kompromi dan berusaha dibanteras hingga ke akar umbi.

    Barangan tegahan yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa semasa rondaan Operasi Taskforce COVID-19, baru-baru ini.
    Sebanyak tiga kotak bungkusan mencurigakan berserta sebuah motosikal ditemui semasa rondaan Operasi Taskforce COVID-19 di kawasan Kampung Menunggol, baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda