LONDON 31 DIS – Pemegang rekod jaringan gol England, Wayne Rooney akan melakukan debutnya untuk Derby peringkat kedua menentang Barnsley pada Khamis ini, kata pengurus Phillip Cocu.
Rooney, 34, yang menyertai Derby sebagai pemain-jurulatih dari kelab DC United, liga MLS namun tidak dapat bermain bagi pasukan baharunya sehingga Januari ini.
“Jika pemain yang berkualiti, berkarier dan mempunyai pengalaman seperti yang dimiliki Rooney, kamu akan merasa gembira dia berada di sini,” kata Cocu kelmarin selepas menang di tempat sendiri 2-1 ke atas Charlton dalam Kejohanan.
“Dia sangat cerdas, dia boleh bermain bila-bila masa sahaja namun masih memerlukan beberapa perlawanan. Jangkaan kami terhadapnya terlalu tinggi apabila di mula bermain namun kami perlu memberinya beberapa perlawanan untuk membina kesefahaman dalam pasukan.“
“Mungkin dia tidak akan bermain seperti yang kami jangkakan namun ia sangat penting untuknya mendapat kesefahaman dalam pasukan secepat mungkin, supaya kami dapat membentuk satu pasukan yang hebat.”
Kemenangan mereka kelmarin mendorong mereka naik ke tangga ke-17 dalam peringkat kedua bola sepak England.
Walau bagaimanapun mereka masih kekurangan sembilan mata untuk melayakkan diri bermain di Liga Perdana Inggeris. – AFP