Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rooney balik ke tempat asal

    LONDON, 9 Julai – ‘Habis manis sepah dibuang’, itulah yang dapat digambarkan apabila pemegang rekod jaringan England dan Manchester United, Wayne Rooney melengkapkan perpindahan kembali kepada kelab pertamanya Everton hari ini.

    Pemain berusia 31 tahun yang menjadi pemain kurang diturunkan di bawah kendalian Mourinho musim lepas, menandatangani kontrak dua tahun dalam pemindahan percuma setelah bermain di kelab Manchester United selama 13 tahun.

    Perpindahan Rooney yang tiba sehari selepas United mengumumkan mereka telah bersetuju dengan Everton untuk membeli pemain berharga mereka Romelu Lukaku juga berharap untuk menghidupkan kembali karier antarabangsanya yang telah terhenti musim lepas.

    “Sudah lama rasanya sejak saya berkata satu-satu kelab Liga Perdana yang saya ingin bermain selain Manchester United adalah Everton, jadi saya gembira langkah itu telah berlaku,” katanya dalam satu keterangan kepada The Press Association.

    “Tiga belas tahun lalu saya tiba di United dengan niat memenangi beberapa trofi kemenangan dan saya telah bernasib baik untuk menjadi sebahagian daripada salah satu kelab yang paling berjaya dalam sejarah.

    Rooney yang telah bermain bersama Manchester United selama 13 tahun kini kembali ke kelab asalnya Everton. - AP
    Rooney yang telah bermain bersama Manchester United selama 13 tahun kini kembali ke kelab asalnya Everton. – AP

    “Saya telah kembali ke Everton kerana saya percaya (pengurus Everton) Ronald Koeman sedang membina sebuah pasukan yang boleh memenangi sesuatu dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam menjadikan ia satu kenyataan buat kelab yang telah saya sokong sejak kecil lagi.”

    Koeman berkata Rooney memiliki mentaliti untuk memenangi sesuatu.

    “Wayne telah menunjukkan saya cita-cita yang kami perlu dan dengan mentaliti kemenangan, dia tahu bagaimana untuk memenangi gelaran-gelaran dan saya gembira dia membuat keputusan untuk kembali pulang,” kata Koeman.

    “Dia mencintai Everton dan dia terdesak untuk kembali. Dia baru berusia 31 tahun dan saya tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap kualitinya. Hebat rasanya dia berada di sini.”

    Bagi pihak Mourinho pula, dia berkata dia mengagumi Rooney namun memahami kemahuannya untuk bermain lebih banyak permainan dan untuk kembali ke kelab yang membina bakatnya.

    “Ia bukan satu rahsia bahawa saya telah lama meminati Wayne,” kata Mourinho.

    “Dia telah menjadi model profesional sepanjang masanya di kelab ini dan akan kekal berada dalam buku-buku sejarah bagi beberapa tahun akan datang.

    “Ia tidak pernah mudah untuk melihat pemain hebat bermain kurang perlawanan seperti apa yang dia mahukan dan saya tidak boleh menghalangnya apabila dia meminta untuk kembali ke Everton.

    “Pengalaman, fokus dan keazamannya akan dirindui dan saya doakan agar dia berjaya pada masa depan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda