LONDON, 28 JAN – Wayne Rooney mungkin akan bertemu menentang kelab lamanya Manchester United pada pusingan seterusnya Piala FA perlawanan pusi-ngan ke-5.
Rooney yang merupakan bekas ketua pasukan England dan United sekarang berada di pasukan baharunya Derby Country terpilih melalui undian menentang pasukan lamanya di perlawanan kalah mati itu. Tetapi sebelum itu Derby mesti terlebih dahulu menewaskan perlawanan ulangan minggu depan.
Rooney yang telah beraksi bersama United selama 13 tahun dan telah mencipta nama menjadi pemain penjaring terbanyak buat United serta telah menjuarai lima kali Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara pada 2008 dan Piala FA pada 2016.
Sementara itu Liverpool akan berdepan menentang Chelsea di pusingan ke-5 jika mereka dapat menewaskan Shrewsbury.
Manakala Manchester City selaku juara bertahan Piala FA akan menentang Sheffield United esuk. – AP
