Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rooney: Everton bukan ‘rumah pesara’

    LIVERPOOL, 11 Julai – Penyandang rekod jaringan England Wayne Rooney menegaskan Everton ‘bukan rumah pesara’ selepas kembali semula ke Goodison Park dengan penuh emosi.

    Rooney menyertai semula kelab remajanya pada Ahad selepas 13 tahun bersama Manchester United, di mana dia juga menjadi pencetak gol yang memecahkan rekod Bobby Charlton musim lalu.

    Pemain berusia 31 tahun itu percaya dia boleh membawa kejayaan kembali ke sebuah kelab yang belum memenangi trofi sejak Piala FA pada 1995. Bekas kapten England itu berpendapat dia boleh terus menikmati kejayaan di kelab pertamanya.

    “Saya bukan pergi ke rumah persaraan, saya mahu bermain, menang dan berjaya. Saya rasa bagus, cuma kurang cergas buat masa ini tetapi ia akan pulih beberapa minggu lagi.

    “Saya fikir ini adalah masa yang tepat dan saya bersedia melakukannya,” kata Rooney semasa diperkenalkan pada sidang akhbar kelmarin.

    Rooney semasa diperkenalkan kepada media di Goodison Park, Liverpool kelmarin. – AFP
    Rooney semasa diperkenalkan kepada media di Goodison Park, Liverpool kelmarin. – AFP

    Rooney Mei lalu mengakui dia kecewa dengan kekurangan masa beraksi di Old Trafford, di mana dia hanya membuat 15 penampilan Liga Perdana musim lalu.

    Rooney berharap dapat beraksi secara tetap lebih kerap di Goodison Park untuk menjamin tempat dalam skuad Piala Dunia England tahun depan.

    Penyerang itu kehilangan tempat dan kaptensi sejak Gareth Southgate mengambil alih dan bergelut untuk kembali bersama pasukan. Walau bagaimanapun, beliau mencadangkan dia hanya boleh beraksi untuk negara jika bermain dengan baik untuk kelab.

    “Saya memberi tumpuan kepada Everton, bermain dengan baik untuk Everton,” kata Rooney, yang muncul pada aksi final untuk England pada Euro 2004 dan menjaringkan empat gol.

    “Jika saya melakukannya Gareth Southgate akan membuat keputusan sama ada dia meletakkan saya kembali dalam skuad atau tidak. Semoga persembahan saya cukup baik untuk Everton dan dia tidak dapat mengabaikannya jika saya melakukan yang terbaik.”

    Rooney adalah penonton berusia sembilan tahun di Wembley kali terakhir mereka memenangi trofi selepas membenam Manchester United pada final Piala FA 1995. Kelab itu menunggu lebih dua dekad dan Rooney percaya sudah tiba masanya untuk menamatkan penantian.

    “Anda bermain bola untuk cuba memenangi trofi dan itulah yang kami mahu lakukan. Kami mahu berjaya dan kami tahu pemain yang tepat untuk memimpin kami. Ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa untuk memenangi sesuatu bersama Everton,” kata Rooney.

    “Saya berada di final Piala FA pada tahun 1995 apabila kami memenanginya dan memenangi trofi bersama Everton akan menjadi detik istimewa.”

    Rooney menghadapi cabaran dalam skuad yang kehilangan Romelu Lukaku, yang juga penjaring terbanyak musim lalu selepas Manchester United berjaya menambatnya dengan kontrak 75 juta pound.

    Pengurus Ronald Koeman tidak mengharapkan Rooney terbeban menggantikan 25 gol liga Lukaku liga musim lalu, namun berkata, pasukannya perlu mencari jalan untuk menggantikan gol tersebut.

    “Kami mempunyai penyerang hebat seperti Romelu dengan 25 gol musim lalu tetapi kami memerlukan pemain yang lebih produktif,” kata Koeman.

    “Itu yang kami perlu perbaiki. Saya lebih suka mempunyai beberapa pemain yang menjaringkan 10 gol. Wayne boleh membawa semangat itu ke dalam pasukan. Pengalaman Wayne sangat penting untuk pemain lain.

    “Dia adalah contoh kepada pemain muda. Saya fikir kami terlepas pemain dengan pengalaman seperti Wayne dalam pasukan. Setakat ini semua urusan bagus dan anda akan dapat melihat dalam beberapa minggu akan datang. Mungkin kami akan melakukan lebih banyak lagi.”

    Rooney mungkin gembira kembali ke kelab yang disokongnya ketika remaja tetapi yang lebih gembira adalah ahli keluarganya.

    “Anak sulung saya adalah orang yang paling gembira dan ayah saya yang juga penyokong tegar Everton. Dia bersusah payah pergi ke Manchester untuk menyaksikan saya dan sekarang dia hanya memerlukan masa lima minit untuk menonton saya bermain. Jadi saya fikir beliau sangat gembira,” kata Rooney. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda