Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rory McIlroy rasa seperti kambing hitam

    TORONTO, 8 JUN – Rory McIlroy, suara paling kuat menentang Golf LIV yang dibiayai oleh Arab Saudi yang menyebabkan banyak gangguan dalam golf, kelmarin berkata dia kini berasa seperti kambing hitam dengan keputusan mengejutkan Jelajah PGA menjadi rakan kongsi dengan dana kekayaan Arab Saudi yang besar itu.

    McIlroy merupakan individu yang membantu mengetuai pertemuan antara pemain Ogos lalu yang membentuk semula Jelajah PGA bagi mengelak LIV Golf. Dia telah menjadi pengkritik yang paling lantang, ahli lembaga polisi jelajah berkenaan.

    Dan dia adalah antara yang terakhir mendengar berita itu sejurus sebelum ia tersebar.

    “Sukar bagi saya untuk tidak duduk di sini dan berasa seperti kambing hitam, dan berasa seperti saya telah melakukan segala-galanya dan inilah yang berlaku,” kata McIlroy di Terbuka Kanada RBC, di mana dia merupakan juara bertahan dua kali.

    “Sekali lagi, menjauhkan diri daripada situasi ini, saya melihat bagaimana ini lebih baik untuk permainan golf. Tidak dinafikan,” katanya, “Tetapi bagi saya sebagai individu, ya, akan ada perbincangan yang perlu dilakukan.”

    McIlroy berada dalam mesyuarat pemain baru-baru ini di mana Pesuruhjaya Jelajah PGA, Jay Monahan menghadapi kritikan hebat daripada ahli yang tertanya-tanya mengapa jelajah itu mengambil wang daripada Dana Pelaburan Awam dan mengapa mereka tidak dimaklumkan.

    Namun, juara kejohanan utama empat kali itu juga berasa pasrah bahawa Arab Saudi akan terus melabur dalam golf, dan menjadikan Arab Saudi sebagai pelabur minoriti akan membantu dalam jangka masa panjang. – AP

    McIlroy semasa sidang media pada kejohanan golf Terbuka Kanada di Toronto baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda