Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rose BLACKPINK dilihat keluar bersama seorang lelaki

    Rose BLACKPINK dilihat pergi ke konsert Dua Lipa bersama seorang lelaki. Selepas pelbagai spekulasi, identiti lelaki tersebut terbongkar dan cukup mengejutkan.

    Baru-baru ini, peminat melihat Rose di konsert Dua Lipa bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Ramai yang mencari siapakah lelaki tersebut dan pada mulanya menganggap ia adalah Mateo Arias, pelakon dalam siri Disney Kickin. Tetapi sangkaan peminat sama sekali salah.

    Akhirnya peminat dapat mencari siapakah gerangan lelaki tersebut. Beliau ialah Jeremy Erlich, Ketua Strategi Muzik Spotify. Menurut Wowkeren, beliau juga merupakan bekas CFO Interscope, jenama rekod Universal Music Group.

    Walaupun aktiviti Rose di Amerika Syarikat masih belum diketahui, tetapi setelah mengetahui pertemuan tersebut, peminat teruja dengan perancangan projek yang akan dilakukan oleh kedua nama besar ini.

    Sekadar makluman, menurut Wowkeren, BLACKPINK dikhabarkan akan membuat kemunculan semula awal tahun ini. Bagaimanapun, YG Entertainment tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemunculan semula kumpulan ini. – Agensi

    Rose BLACKPINK dilihat pergi ke konsert Dua Lipa bersama seorang lelaki. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda