Friday, November 22, 2024
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rose sukar percaya Taylor Swift mahu bantu

    Bekas anggota kumpulan Blackpink iaitu Rose tidak menyangka penyanyi Taylor Swift sanggup membantu perjalanan karier solonya.

    Selepas keputusan keluar daripada kumpulan itu, Rose, 27, mengakui mengalami tekanan dan penyanyi itu merupakan individu yang tampil menghulurkan bantuan.

    Menerusi sesi temubual bersama i-D magazine, Rose mendedahkan Taylor juga memberikan nombor peribadi dan sedia dihubungi pada bila-bila masa.

    “Taylor beri saya nomber telefonnya dan cakap jika ada sebarang soalan boleh mesej dia, macam tak percaya sebab dia Taylor Swift kan.

    “Dia(Taylor) cuba untuk lindungi saya dan dia macam tahu kesusahan untuk bergerak solo ini bukannya mudah,” kata Rose.

    Dalam pada itu, Rose mengakui sejak keluar daripada Blackpink, dia menjadi lebih berhati-hati terutamanya apabila berdepan dengan umum.

    “Banyak perkara yang perlu dititik beratkan dan kena berhati-hati malah Taylor juga ada berikan beberapa tip untuk dilakukan bila bergerak secara solo ni,” ujarnya.

    Selain Rose, Blackpink turut dianggotai oleh Lisa, Jennie dan Jisso. – Agensi

    Rose Blackpink teruja Taylor Swift kongsi nomber telefon. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda