Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rosmah diarah failkan pembelaan saman 1MDB 4 Julai

    KUALA LUMPUR, 24 MEI – Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman AS$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta, yang dikatakan diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB sebelum 4 Julai.

    Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Rosmah berkata timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Malarselvi Sanmugam turut mengarahkan plaintif yang terdiri daripada 11 syarikat memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan sebelum 2 Ogos.

    Beliau berkata semasa pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian hari ini, mahkamah turut menetapkan 14 Jun untuk pengurusan kes.

    Selain 1MDB, tuntutan mahkamah yang difailkan pada 9 Mei juga menyenaraikan lima anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited; 1MDB Energy Limited; 1MDB Energy (Langat) Limited; Global Diversified Investment Company Limited; dan SRC International Sdn Bhd sebagai plaintif pertama hingga keenam.

    Lima syarikat lain yang terdiri daripada Affinity Equity International Partners Limited; Alsen Chance Holdings Limited; Blackrock Commodities (Global) Limited; Blackstone Asia Real Estate Partners Limited; dan Brightstone Jewellery Limited, disenaraikan sebagai plaintif ketujuh hingga kesebelas.

    Kesemua plaintif menamakan Rosmah, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seorang wanita bernama Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan pertama dan kedua.

    Plaintif berhujah bahawa barangan mewah itu seperti barang kemas, jam tangan dan beg tangan, dibeli atau diperoleh oleh Rosmah atau defendan kedua, bukan dengan dana peribadi Rosmah, sebaliknya dengan dana yang diselewengkan daripada plaintif pertama hingga keenam. – Bernama

    Datin Seri Rosmah Mansor semasa menghadiri bagi mengikuti prosiding sambung bicara kes penyelewengan dana 1MDB pada 24 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...