Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rosmah mohon dapatkan sementara pasport

    KUALA LUMPUR, 16 OGOS – Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan pelepasan sementara pasport untuk melawat anak perempuannya,

    Nooryana Najwa Mohd Najib yang dijangka melahirkan anak ketiga hujung bulan ini.

    Rosmah selaku pemohon memfailkan notis usul itu pada 11 Ogos lepas menerusi Tetuan Akberdin & Co bagi membolehkannya melawat Nooryana Najwa yang dijangka bersalin pada 28 Ogos ini serta keluarganya di Singapura.

    Permohonan untuk mendapatkan pasport akan didengar esok. Dalam notis itu, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata beliau akan ke Singapura pada 18 hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober ini.

    Menurut Rosmah, beliau akan pulang ke Malaysia untuk menghadiri prosiding rayuan kes rasuah membabitkan projek hibrid solar. Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan 18 September ini untuk pengurusan kes. – Bernama

    Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, pada 11 Ogos lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda