Tuesday, July 2, 2024
22 C
Brunei

    -

    Rosmah mohon singkir hakim dalam kes saman AS$346 juta

    KUALA LUMPUR, 26 JUN – Datin Seri Rosmah Mansor memohon agar seorang hakim Mahkamah Tinggi disingkirkan daripada mendengar saman AS$346 juta yang difailkan terhadapnya oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana didakwa mempunyai konflik kepentingan.

    Permohonan itu difailkan melalui Messrs Reza Rahim dan Rajivan hari ini.
    Dalam permohonan itu, Rosmah me-mohon agar Hakim Adlin Abdul Majid, yang mengendalikan kes itu disingkirkan kerana beliau pernah berkhidmat di firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill (LHAG).

    Hakim Adlin merupakan rakan kongsi di firma itu antara Mac 2011 dan Mac 2021 sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 April 2021.

    Rosmah menyatakan bahawa beliau percaya LHAG telah dilantik untuk mewakili 1MDB sejak tahun 2018 untuk mendapatkan semula aset syarikat itu, berdasarkan laporan media antara 30 Ogos 2018 dan 4 Jun 2021.

    “Saya telah dimaklumkan oleh peguam saya dan dengan tegas menyatakan bahawa timbulnya risiko berat sebelah,” katanya dalam afidavit sokongan yang disahkannya.

    Beliau berkata adalah wajar bagi Hakim Adlin untuk menarik diri daripada mendengar kes itu dan agar kes itu dipindahkan ke mahkamah lain di hadapan hakim lain.

    Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak merujuk kepada Peraturan 6 Kod Etika Hakim 2009 bahawa ‘seorang hakim hendaklah bertindak pada setiap masa dalam cara yang mempromosi integriti dan tidak memihak kehakiman berat sebelah’.

    Dia mengatakan bahawa adalah hak mutlaknya untuk mendapat perbicaraan yang adil dan hak itu akan terjejas jika Hakim Adlin terus mendengar tuntutan mahkamah itu. – ANN/The Star

    Datin Seri Rosmah Mansor (dua kanan) semasa hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Jun. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...