HONG KONG, 27 Sept – Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Wilbur Ross hari ini berkata dia yakin dengan rundingan perdagangan antara Presiden Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping apabila mereka mengadakan pertemuan pada bulan November.
Taikun AS itu kerap membidas China ketika kempen pilihan raya presiden tahun lalu dengan menuduhnya mengamalkan perdagangan tidak adil, mencuri pekerjaan AS dan mengancam akan melabelnya pemanipulasi mata wang.
Namun sejak mengambil alih pucuk pimpinan nada beliau telah berubah dan apabila beliau menemui Xi pada bulan April lalu beliau menyifatkan beliau sebagai ‘lelaki baik’ yang cuba membantu mengekang Korea Utara.
Kini, presiden dijangka membuat lawatan pertama ke China sebagai sebahagian lawatan yang akan juga melibatkan sekutu-sekutu serantau, Jepun dan Korea Selatan dengan perdagangan salah satu perkara agenda utama.
“Hakikat sebenar ialah kedua-dua presiden akan mengadakan pertemuan lagi kali ini di Beijing adalah hakikat penting,” Ross memberitahu para pemberita di Hong Kong hari ini, selepas melawat Beijing bagi rundingan dengan perdana menteri China Li Keqiang.

“Apa yang membuatkan saya sangat yakin ialah hubungan baik yang telah berkembang antara kedua-duanya.”
“Tentang hasil rundingan, perkara paling penting ialah yang dapat boleh disampaikan, perkara khusus, perkara lebih besar yang akan membantu mengurangkan defisit perdagangan AS dengan China.”
Ross menyifatkan hubungan antara kedua ekonomi terbesar dunia itu sebagai ‘senget’ pada masa ini,” dengan defisit perdagangan AS mencecah hampir AS$350 bilion tahun lalu.
Dia menambah kata bahawa beliau tidak membuat konsesi ketika lawatan terakhir beliau ke tanah besar itu.
Setiausaha Negara AS Rex Tillerson akan pergi ke China esok bagi rundingan tentang bagaimana menamatkan pertikaian nuklear dengan Korea Utara. – AFP