Penyanyi Datuk Seri Rossa berdepan saat memalukan apabila membawa pulang telefon bimbit milik peminat selepas mereka bergambar bersama di sebuah salon.
Rossa, 46, berkata pada awalnya dia dan rakan-rakan datang ke salon berkenaan untuk menjalani perawatan namun sebelum pulang sempat mengambil foto bersama salah seorang pekerja permis tersebut.
Namun semasa dalam perjalanan pulang, Rossa menerima panggilan dari pihak salon dan bertanya tentang keberadaan telefon bimbit staf mereka.
Meskipun awalnya keliru namun selepas memeriksa beg tangan, dia mendapati telefon bimbit tersebut ada bersamanya.
“Mereka telefon dan bertanya sekiranya telefon bimbit itu ada pada saya atau tidak. Awalnya saya keliru dan mula terfikir sekiranya saya yang tertinggal telefon di sana.
“Tapi bila periksa beg tangan rupanya telefon bimbit pekerja bersama saya. Saya ada kleptomania” ujarnya.
Tambah Rossa, beliau segera berpatah balik ke salon berkenaan untuk memulangkan telefon tersebut kepada pemiliknya.
Sekadar info, kleptomania ialah satu gangguan mental atau psikologi di mana seseorang mempunyai dorongan yang kuat untuk mencuri walaupun bukan barang berharga. – Agensi


