Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rossa akui bekas suami pemain dram terbaik Indonesia

    Walaupun sudah lebih 11 tahun bercerai, hubungan penyanyi terkenal Indonesia, Rossa dengan bekas suaminya, pemain dram kumpulan Padi, Yoyo masih kekal baik sehingga kini.

    Buktinya, kedua-duanya tidak kekok digabungkan dalam satu pentas yang sama menerusi sebuah persembahan yang dijayakan mereka baru-baru ini.

    Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, mengadakan persembahan menerusi lagu Mahadewi dan Sobat bersama-sama kumpulan Padi yang dianggotai Yoyo atau nama sebenarnya, Surendro Prasetyo, 46.

    Ketika diwawancara hos program tersebut, Rossa malah memuji mantan suaminya itu merupakan antara pemain dram terbaik yang pernah dimiliki industri hiburan Indonesia.

    “Pendapat saya, Yoyo masih lagi merupakan pemain dram terbaik yang pernah kita (Indonesia) ada,” katanya.

    Rossa dan Yoyo berkahwin pada 18 Mac 2004 namun rumah tangga mereka tidak bertahan lama selepas disahkan bercerai pada 14 Julai 2009.

    Hasil perkahwinan, Rossa mempunyai seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 15 tahun. – Agensi

    Rumah tangga yang dibina Rossa dan Yoyo hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda