12 tahun memegang status janda, penyanyi terkenal Indonesia Datuk Seri Rossa berkata dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi.
Menurut laporan Tabloid, Rossa, 43, berkata dia tidak memikirkan soal jodoh dan belum bertemu orang yang sesuai untuk dijadikan suami.
“Belum… belum mahu (nikah lagi),” katanya semasa ditemui media di sebuah acara di Pondok Indah, Jakarta Selatan, baru-baru ini. Penyanyi lagu Hati Yang Kau Sakiti ini bagaimanapun berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi.
“Nantilah InsyaAllah kalau sudah tiba waktu dan bertemu orang yang tepat. – Agensi
