Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rossa hadiah rumah mewah untuk ibu bapa

    Diva Indonesia, Datuk Seri Rossa menghadiahkan sebuah banglo kepada kedua ibu bapanya di kampung halamannya di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia.

    Seperti dipetik Liputan 6, rumah mewah itu dianggarkan berharga kira-kira RM6 juta.

    Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi ini beberapa kali memuat naik foto bersama keluarga di kediaman mewah tersebut.

    Rumah berwarna putih kelihatan begitu mewah dan baharu sahaja siap pembinaannya.

    Peminat turut meluahkan rasa gembira dengan menyiarkan video-video yang memaparkan sudut rumah berkenaan.

    Dalam siaran podcast dengan Ivan Gunawan beberapa bulan lalu, Rossa mengaku rumah itu berharga RM6 juta dibina untuk ibu bapanya.

    Biarpun berdepan masalah ekonomi akibat pandemik, Rossa tetap meneruskan niatnya menyalurkan pendapatan dalam dunia hiburan untuk membangunkan istana mewah itu.

    Kediaman itu terletak di kawasan sawah padi dengan memiliki halaman yang sangat luas yang dikatakan seperti padang bola.

    Pembangunan rumah ini dikatakan cepat kerana kali pertama Rossa memberitahu tentang projek itu pada Jun lalu dan sedia untuk diduduki pada akhir September lalu. – Agensi

    Rossa menghadiahkan sebuah banglo kepada kedua ibu bapanya di kampung halamannya di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda