Saturday, April 26, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rossa pertahan wanita buat pembedahan plastik

    Mencecah usia 47 tahun, penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa percaya setiap orang berhak mendapat kecantikan dengan cara tersendiri.

    Rossa atau Sri Rossa Rosliana Handayani berpendapat tidak salah sekiranya seseorang individu melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan asalkan tidak berlebihan dan mengubah ciptaan asal Allah SWT.

    “Setiap orang ada pendapat peribadi mengenai pembedahan plastik, tapi bagi saya tiada masalah asalkan tidak berlebihan atau mengubah ciptaan Allah SWT.

    “Mungkin ada melakukan rawatan untuk memperbaiki sesuatu yang dirasakan tidak elok pada wajahnya seperti mata tidak seimbang dan terganggu dengan perkara itu. “Jadi semuanya bergantung kepada peribadi dan bajet mereka,” katanya kepada mStar.

    Rossa berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Ukhuwah Raya Datuk Seri Rossa yang berlangsung di Saloma Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Menurut Rossa, rawatan kecantikan seperti pembedahan plastik itu bukan hanya terkenal dalam kalangan selebriti namun juga orang biasa. Jelasnya, mereka yang melakukannya pasti mempunyai kewangan yang stabil.

    “Pembedahan plastik itu sudah ramai yang melakukannya, bukan hanya untuk selebriti saja tapi semua orang juga boleh melakukan itu.

    “Kalau ada kemampuan, kewangan dan kemahuan diri,” luahnya.

    Malah Rossa berpendapat golongan selebriti sering kali memilih untuk melakukan pembedahan plastik selepas wajah mereka menjadi bahan kritikan warganet.

    “Tapi untuk orang seni mungkin ada segelintir peminat memberi komen tentang perubahan wajah yang semakin berusia.

    “Memang kita perlu terima tapi pada masa yang sama sedih kerana kita harapkan mereka menghormati dan menghargai,” kongsinya. – Agensi

    Rossa minta agar orang ramai hormati pilihan setiap individu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda