Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rossa serah ketentuan jodoh kepada takdir, terima walau dari Korea

    Penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa memberitahu beliau tidak berkecil hati sekiranya sering diajukan soalan mengenai jodoh.

    Memetik dari mStar, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 45, sebaliknya meletakkan sepenuhnya ketentuan jodoh itu kepada takdir tuhan.

    “Yang penting soal jodoh untuk saya itu kehendak Allah saja, yang penting buat saya ialah baik, kacak… kaya itu saja ya, kaya hati ya, kaya harta kan itu perkara berbeza,” katanya ketika ditemui di Central Park, Jakarta Barat.

    Sementara itu, penyanyi lagu Pudar itu turut memberitahu, anak lelakinya iaitu Rizky Langit Ramadhan, 16, adalah tempat buatnya berkongsi mengenai kenalan lelaki yang dikenalinya sebelum ini.

    “Saya sering luah kepada dia kerana di rumah hanya kami berdua,” luahnya.

    Dalam pada itu, Rossa juga sempat bergurau memberitahu tidak kisah jika bertemu jodoh dengan jejaka berasal daripada Korea Selatan.

    “Boleh saja ya… kalau dapat jodoh dengan orang Korea yang kacak, baik, kaya, Muslim, tak akan saya nak menolak kan,” katanya. – Agensi

    Rossa tidak berkecil hati sekiranya sering diajukan soalan mengenai jodoh. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda