Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rossa terfikir bersara, berhijrah ke luar negara

    Lebih sedekad rumah tangga dibina bersama pemain dram kumpulan Padi, Yoyo berakhir, penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa tidak pernah menutup pintu hati menerima lelaki bergelar suami dalam kehidupannya semula.

    Meskipun terlihat seperti wanita berdikari apabila mampu mencipta nama sebagai penyanyi, namun, wanita berusia 44 tahun tetap manusia biasa, tidak mampu hidup bersendirian.

    “Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir hidup solo selamanya. Malah, saya tidak pernah menyatakan hidup solo amat menyenangkan.

    “Saya tidak pernah menutup pintu hati, cuma lebih berhati-hati memulakan perhubungan baharu.

    Bercakap mengenai album terbaharunya, Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, berkata saat dilamar platform Viu menghasilkan dan menyanyikan lagu runut bunyi drama Bidadari Bermata Bening, dia terlebih dahulu menelaah skrip dan membaca novel demi menghayati karakter wanita dalam naskhah.

    Rossa pernah berhasrat ingin berhijrah ke luar negara dan menceburi bidang perniagaan. – Agensi

    “Selepas memahami cerita, tiada orang lain yang saya rasakan lebih layak untuk mencipta lagu dan lirik melainkan komposer, Melly Goeslow.

    “Ini kerana Melly tahu lagu dan nada bersesuaian dengan saya. Kami sudah saling mengenalinya sejak berusia 19 tahun.

    “Dalam tempoh dua hari sahaja, Melly berjaya menyiapkan lagu, cuma saya agak terkejut apabila memberikan judul Khanti, sedangkan ia bukanlah perkataan formal.

    Selepas lebih lima tahun tidak melancarkan album, Rossa akhirnya tampil dengan album terbaharu berjudul Another Journey: The Beginning yang dilancarkan beberapa hari sebelum Ramadan.

    Rossa berkata, dia pernah berhasrat meletakkan titik noktah kepada kerjaya nyanyian dan ingin berhijrah ke luar negara dan menceburi bidang perniagaan.

    Namun, katanya, disebabkan impak luar biasa diterima daripada lagu I Love You From 38,000 Feet mematikan hasratnya berhijrah, lalu terhasillah album A New Chapter pada 2017. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda