Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rossi digantung dua perlawanan

    ROME, 29 Nov – Ketua pasukan Roma Daniele De Rossi (gambar) telah digantung dua perlawanan selepas menampar pemain Genoa, Gianluca Lapadula dalam perlawanan Serie A hujung minggu lalu yang menyaksikan perlawanan berkesudahan seri.

    De Rossi diarahkan keluar padang selepas pasukannya mendahului 1-0 dan insiden menampar berlaku pada minit ke-69 sekali gus pengadil memberi keputusan penalti dan penyerang Genoa menyempurnakn sepakan tersebut menjadikan jaringan 1-1. Pihak berkuasa Seria A mendapat bekas pemain Itali yang berusia 34 tahun itu didapati bersalah atas kesalahan serius dan ini bermakna Rossi tidak akan beraksi dalam dua perlawanan liga menentang SPAL dan Chievo.

    Juventus didenda AS$11,846 di atas kesalahan menghinan semasa menentang Crotone dan Inter Milan juga didenda 3,500 euro kerana melambatkan tiga minit untuk separuh masa kedua semasa perlawanan menentang Cagliari.

    Sementara itu, pemain pertahanan Verona, Thomas Heurtaux dan pemain Bologna juga digantung satu perlawanan kerana dilayangkan kad merah pada perlawanan hujung minggu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda