Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rotary Belait tinjau kebajikan warga emas

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 SEPT – Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk membantu masyarakat khususnya mereka yang memerlukan, Kelab Rotary Brunei yang merupakan sebahagian daripada District 3310 Kelab Rotary Antarabangsa telah mengadakan lawatan ke Kampung Labi bagi meninjau kebajikan seorang warga emas yang tinggal di kampung tersebut, kelmarin.

    Lawatan yang diketuai oleh ahli Rotary dan para sukarelawan itu, terdahulu pada 27 September lalu, telah mengadakan lawatan ke rumah seorang warga emas Cina yang mengalami masalah penglihatan dan seterusnya menghulurkan sumbangan berupa pelbagai bekalan makanan harian.

    Di samping itu, kumpulan tersebut juga berkesempatan melakukan penyelenggaraan rutin dan pemeriksaan peralatan penjanaan tenaga suria yang dipasang oleh Kelab Rotary Belait beberapa tahun yang lalu untuk memastikan peralatan tersebut masih berfungsi dengan baik.

    Peralatan tersebut sebelumnya dipasang pada 6 April 2013 oleh kelab berkenaan dengan kerjasama Pan-EL Electrical and Engineering Sdn Bhd Bandar Seri Begawan, sebagai projek bersama, yang menyaksikan pemasangan bekalan tenaga suria di kediaman penduduk warga emas Cina di sini.

    Selain itu, beberapa peralatan tambahan turut dilengkapi di sini seperti penghawa dingin dan peti ais untuk meningkatkan lagi kehidupan dan keselesaan bagi warga emas berkenaan.

    Kelab Rotary Belait sejak itu kerap kali mengunjungi kediaman warga emas di sini, di samping berpeluang untuk membantu menyediakan persekitaran perkhidmatan penambahbaikan, terutama ke kawasan terpencil seperti Labi.

    Ahli-ahli Kelab Rotary Belait bersama warga emas yang dikunjungi di Kampung Labi. – Gambar serahan Kelab Rotary Belait
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda