CAPE CANAVERAL – Pesawat peninjau (Rover) Marikh terbesar dan paling canggih pernah dibina – kenderaan bersaiz kereta dilengkapi dengan kamera, mikrofon, gerudi dan laser – dilancarkan untuk planet merah baru-baru ini sebagai sebahagian daripada projek jarak jauh yang bercita-cita tinggi untuk membawa pulang sampel batu yang ada di Marikh ke Bumi untuk dianalisis bagi bukti kehidupan kuno.
Robot yang diberikan nama Perseverence oleh NASA menaiki roket Atlas V pada waktu sebelah pagi pada pelancaran ketiga ke Marikh dan terakhir pada musim panas. China dan Emiriah Arab Bersatu mendahului dengan lebih awal, tetapi kesemua tiga-tiga misi harus sampai pada bulan Februari setelah menempuh perjalanan selama tujuh bulan dan sejauh 300 juta batu (480 juta kilometer).
Rover yang mempunyai enam roda, menggunakan tenaga plutonium, akan meneliti dan mengumpulkan spesimen geologi kecil wang akan dibawa pulang pada sekitar tahun 2031, ia seperti perlumbaan yang melibatkan beberapa buah kapal angkasa dan negara. Kos keseluruhan adalah kira-kira lebih dari AS$8 bilion.
Ketua misi sains NASA, Thomas Zurbuchen, menggelar pelancaran tersebut sebagai permulaan ‘perjalanan pulang pertama manusia ke planet lain.”
“Saya menyukainya, menebuk lubang di langit, kan? Turun dari pantai kosmik Bumi kita, mengembara ke laur di lautan kosmik,” katanya. “Setiap kali, ia pasti menguja saya.”


Ia berpotensi untuk menjawab salah satu persoalan yang sangat mendalam dalam bidang sains, agama dan falsafah – ada atau tidak kehidupan lain di luar Bumi? – misi ini akan menghasilkan pelajaran yang dapat membuka jalan bagi kedatangan angkasawan seawal tahun 2030an.
“Ada sebab mengapa kami memberi nama robot itu Perseverance (Ketabahan). Ia kerana untuk pergi ke Marikh adalah sukar,” kata pegawai pentadbiran NASA, Jim Bridenstine sebelum roket dilancarkan. “Dalam hal ini, ia lebih sukar dari sebelum ini kerana kami melakukannya di tengah-tengah penularan pandemik.”
Tidak lama selepas berlepas, Perseverence telah memasuki mod selamat, seperti hibernasi perlindungan, setelah bacaan suhu menyebabkan penggera berbunyi. Tetapi timbalan pengurus projek, Matt Wallace berkata bahawa kapal angkasa berada dalam keadaan yang baik, dengan suhu kembali ke had yang sepatutnya, dan NASA berkemungkinan akan bertukar semula kepada pelayaran normal dalam, sehari atau lebih.
“Semuanya tertumpu pada kapal angkasa yang bersedia untuk berlepas ke Marikh dan melakukan misinya,” katanya.
Stesen penjejakan ruang angkasa NASA juga mengalami kesukaran untuk mengunci isyarat dari Perseverence pada awal penerbangan tetapi akhirnya berjaya mendapatkan hubungan komunikasi yang kukuh, kata Wallace.
Amerika Syarikat, satu-satunya negara yang selamat meletakkan kapal angkasa ke Marikh, sedang mencari pendaratan kesembilan yang berjaya di planet ini, yang seperti sebagai Segi tiga Bermuda bagi penjelajahan angkasa, dengan lebih dari separuh misi yang dilakukan di Bumi sama ada terbakar, terhempas atau berakhir dengan kegagalan.
China turut menghantar kedua-dua rover pengorbit. UAE, pendatang baru ke angkasa lepas, mempunyai pengorbit dalam perjalanan.
Ini adalah halangan terbesar untuk pergi ke Marikh dalam sejarah penerbangan angkasa lepas. Peluang terbang antara Bumi dan Marikh hadir hanya sekali dalam setiap 26 bulan ketika planet berada di sisi yang sama dengan matahari dan jarak yang paling dekat.
Pelancaran dilangsungkan pada pukul 7:50 pagi, meskipun dengan gegaran gempa bumi berukuran 4.2 magnitud selama 20 minit sebelum pelancaran telah menggegarkan Makmal Jet Propulsion NASA di Selatan California, yang turut membawa rover tersebut.
Pelancar kawalan di Cape Canaveral memakai penutup mulut dan hidung kerana penularan koronavirus, yang menghalang beratus-ratus ahli saintis dan anggota pasukan lain dari tempat Preseverance berlepas.
Kira-kira sejam perjalanan, pegawai dari pelancaran kawalan bersorak apabila roket telah meninggalkan orbit Bumi dan memulakan perjalanan menuju Marikh.
“Kita telah meninggalkan Bumi. Kami dalam perjalanan menuju Marikh,” ketua kejuruteraan Perseverence, Adam Steltzer memberitahu media. – AP