Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rovio terima tawaran Sega AS$776.5 juta

    ISTANBUL, 17 APRIL – Syarikat permainan video Jepun Sega menawarkan AS$776.5 juta (€706 juta) untuk memperoleh Rovio, pemilik permainan mudah alih popular ‘Angry Birds’, lapor agensi Anadolu.

    Menurut kenyataan bersama oleh firma hari ini, Sega menawarkan €9.25 sesaham bagi Rovio yang berpangkalan di Finland.

    “Menggabungkan kekuatan Rovio dan Sega bakal menyaksikan masa depan yang sangat mengujakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rovio Alexandre Pelletier-Normand.

    Haruki Satomi, Ketua Pegawai Eksekutif Sega, berkata pasaran permainan mudah alih penting untuk matlamat jangka panjang Sega, yang telah mengeluarkan banyak permainan video setakat ini, termasuk Sonic Hedgehog. – Bernama

    Ketua Pegawai Eksekutif Rovio, Alexandre Pelletier-Normand bergambar di ibu pejabat pembangun permainan Finland Rovio Entertainment di Espoo, Finland, pada 17 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda