Netflix sedang membuat pratonton filem Man vs. Baby menjelang tayangan perdana siri tersebut menjelang Disember nanti.
Video pratonton yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan Rowan Atkinson membawa watak penjaga rumah yang malang, Trevor Bingley.
Dia pertama kali melakonkan watak tersebut bergelut dengan seekor lebah dalam siri Man vs Bee pada 2022, menurut laporan UPI.
Menurut penerangan rasmi, siri baharu ini mengikuti Trevor ketika dia beralih daripada penjaga rumah kepada penjaga sekolah.
“Saat tibanya satu tawaran lumayan untuk menjaga sebuah penthouse mewah London semasa Krismas terbukti terlalu hebat untuk ditolak,” sinopsis itu bersambung. “Tetapi pada hari terakhir jagaan, apabila tiada sesiapa yang datang untuk mengambil anak damit Jesus dari sekolah, Trevor mendapati dirinya bersama seorang lagi teman yang kecil dan sangat tidak dijangka.”
Dalam treler itu, Trevor dilihat cuba menjaga bayi itu.
Siri yang diarahkan oleh David Kerr ini akan merangkumi empat episod dengan masa tayangan selama 30 minit. – Agensi


