Wednesday, October 16, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Royal Bees berlepas ke India sertai Kejohanan Bola Jaring Asia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Pasukan bola jaring kebangsaan Brunei, Royal Bees, hari ini telah berlepas ke Bangalore, India, untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring Asia (ANC) ke-13 yang akan berlangsung dari 18 hingga 27 Oktober di Stadium Tertutup Koramangala, Karnataka.

    Sebanyak 15 negara akan bersaing dalam kejohanan berprestij itu bagi merebut gelaran juara.

    Kontinjen negara diketuai oleh Presiden Persatuan Bola Jaring Brunei (BNA), Leftenan Kolonel (B) Hajah Wan Shahlimar.

    Turut serta ialah ketua jurulatih kebangsaan yang diiktiraf sebagai jurulatih paling berpengaruh dalam bola jaring Brunei, Thilaka Jinadasa, Setiausaha Kehormat BNA dan ahli jawatankuasa utama.

    Brunei akan beraksi dalam Kumpulan B bersama Singapura, Hong Kong, Thailand, Chinese Taipei, Iraq, dan Bahrain, manakala Kumpulan A terdiri daripada Sri Lanka, Malaysia, Filipina, Maldives, India, Jepun, dan Arab Saudi.

    Dua pengadil Brunei, Pengiran Abdul Azim bin Pengiran Asmadi dan Endy Surwardy, telah dilantik sebagai pengadil rasmi kejohanan berkenaan oleh Asia Netball.

    Penyertaan Royal Bees dalam kejohanan tersebut turut disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan, Pitch Sports dan Validus Enterprise.

    Kontinjen negara bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Bangalore, India, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN BNA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda