Saturday, February 1, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Royal Jordanian sambung semula penerbangan ke Damsyik

    AMMAN, 31 JAN – Syarikat penerbangan Royal Jordanian hari ini mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan dari Amman ke Damsyik selepas 13 tahun dihentikan susulan konflik perang saudara di Syria.

    Penerbangan pertama telah berlepas dari ibu negara Jordan hari ini dan syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut akan dijalankan sebanyak empat kali seminggu sebagai permulaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Royal Jordanian, Samer Al-Majali, berkata syarikat itu merancang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan kepada sekali sehari bermula April depan.

    Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik kembali menerima penerbangan antarabangsa pada 7 Januari lalu, hampir sebulan selepas kejatuhan Presiden Bashar al-Assad.

    Sejak lebih sedekad lalu, hanya segelintir syarikat penerbangan antarabangsa yang mengendalikan penerbangan ke dan dari Syria akibat konflik yang bermula dengan tindakan keras kerajaan Assad terhadap protes pro-demokrasi.

    Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa termasuk Qatar Airways, Turkish Airlines dan Emirates turut menyambung semula penerbangan ke Damsyik. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda