Royal Skies, Alter Ego Fusion Cafeperkenal Brisbane Week Menu

Oleh Danial Norjidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Sempena memperingati penyambungan semula perkhidmatan penerbangan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) ke Brisbane Australia, baru-baru ini, Royal Skies dengan kerjasama Alter Ego Fusion Cafe akan memperkenalkan menu bertemakan Australia, Brisbane Week Menu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan RB di sini, hari ini, pelanggan dialu-alukan untuk menikmati menu sarapan tengah hari dan makan malam bermula esok hingga minggu depan.

Menu sarapan tengah hari akan disajikan bermula 11:30 pagi hingga 1:30 petang dan menu makan malam bermula 6 petang dengan kedua-dua menu menawarkan sajian penuh dengan pilihan apa jua minuman pada satu harga menarik. Kenyataan menyatakan bahawa menu-menu berkenaan akan menampilkan hidangan-hidangan yang menggunakan hasil-hasil Australia yang segar serta interpretasi Alter Ego terhadap hidangan asasi Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif Alter Ego, Ng Po Loong dipetik menyatakan, “Kami gembira dengan penyambungan penerbangan RB ke Brisbane dan kami berbangga menjadi rakan F&B eksklusif bagi promosi penerbangan ke Brisbane.