Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rozita Che Wan hilang sabar anak dihina

    Pelakon Rozita Che Wan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, pada Jumat terhadap beberapa individu yang meninggalkan komen biadab kepada anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, 10, dalam media sosial.

    Selain laporan polis, pelakon drama Kiah Pekasam itu turut membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    “Tujuan saya mengambil tindakan untuk mendidik pengguna media sosial supaya menjadi lebih berhemah dan berfikir sebelum meninggalkan komen atau memuat naik kandungan.

    “Saya akan mencari warganet yang meninggalkan komen biadab sampai ke lubang cacing.

    “Jangan ingat kalau guna akaun palsu pihak berkuasa tak dapat nak cari pemilik sebenar.

    Sudah menjadi tanggungjawab Rozita melindungi anaknya. – mStar

    “Walaupun ada yang sudah menyahaktif akaun, itu tidak menjadi masalah kerana polis dan MCMC akan membantu saya,” katanya ketika dihubungi BH Online.

    Sebagai ibu, Rozita berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk melindungi anaknya.

    Katanya, Aaisyah juga pastinya terluka membaca komen biadab yang ditujukan kepadanya.

    “Bukan semua benda boleh jadi gurauan, lebih lagi, membabitkan isu kanak-kanak, maruah wanita dan agama.

    “Jenaka seksual terhadap kanak-kanak bukan perkara main-main.

    “Selain saman, saya menuntut permohonan maaf daripada warganet biadab. Saya menuntut balasan atas apa yang saya dan anak rasakan,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda