Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ruang letak kereta dijual setengah juta euro

    THE HAGUE, 3 MEI – Perumahan berada pada harga premium, begitu juga tempat letak kereta di Belanda, tetapi ruang letak kereta yang dijual minggu ini dengan harga hampir setengah juta euro – lebih daripada harga purata rumah – telah mengejutkan ramai orang.

    Terletak di P.C. Hooftstraat bersebelahan Vondelpark yang terkenal di Amsterdam, ruang dalaman itu diiklankan pada harga 495,000 euro (AS$528,000) di laman web hartanah Belanda, funda.nl.

    “Kami menawarkan tempat letak kereta untuk dijual atau disewa di jalan membeli-belah yang paling terkenal dan paling eksklusif di Belanda,” kata iklan.

    Ruang letak kereta juga tidak jauh dari tarikan utama seperti Muzium Van Gogh dan Rijksmuseum.

    Penyiar komersial Belanda, RTL Nieuws, yang pertama kali melaporkan berita itu, menggelarnya ‘ruang letak kereta paling mahal di Belanda.’

    Gambar Freepik

    Ia menyatakan bahawa beratus-ratus tempat letak kereta telah dijual di Belanda ‘tetapi harga ini amat memeranjatkan.’

    Ruang tertutup seluas 18 meter persegi itu ‘sesuai untuk kereta yang lebih luas’ dan ‘ada ruang yang cukup untuk pemandu dan penumpang melangkah keluar’ bagi mereka yang sanggup membayar jumlah yang mahal itu.

    Tempat letak kereta itu juga boleh disewa dengan harga 750 euro sebulan.

    Namun ejen hartanah menganggap harga itu munasabah memandangkan kekurangan tempat tempat letak kereta lain. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...