Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ruang udara Brunei-Muara diisytiharkan terhad pada 22 Okt

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Sebagai langkah-langkah tambahan keselamatan bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, ruang udara di keseluruhan Daerah Brunei dan Muara adalah diisytiharkan sebagai kawasan ruang udara terhad semasa Majlis Perasmian Eko Koridor dan Majlis Menjunjung Kasih dan Kesyukuran Rakyat dan Penduduk pada 22 Oktober nanti.

    Jabatan Penerbangan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata dengan pengisytiharan berkenaan, hanya pesawat-pesawat yang dibenarkan sahaja termasuk dron iaitu pesawat udara kawalan jauh, boleh beroperasi di ruang udara berkenaan.

    Menurut JPA, kegagalan mematuhi peraturan berkenaan adalah menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Seksyen 51 Perintah Penerbangan Awam, 2006.

    Orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu, boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Regulatori, Jabatan Penerbangan Awam di talian, +6732331065 atau +6732330142 sambungan 1110, e-mel: info.dca@civil-aviation.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda